Sunday 17 November 2013

HOLIDAY AT VILLA TOK MIE

NO NOISE
NO JAMM
PEACEFULL PLACE
LETS STAY AT VILLA TOK MIE
CONTACT US...NOW


KAWASAN NEGERI JOHOR

VILLA TOK MIE DI DAERAH JOHOR BAHRU

Friday 8 November 2013

HARGA VILLA TOK MIE

HARGA SEHINGGA 31 DISEMBER 2013

a.   SEBUAH RUMAH (VILLA) :  5 BEDROOM + 4 BATHROOM + 2 HALLS + KITCHEN =
       RM 280.00/DAY. (MINIMUM STAY 2 HARI)

b.   UNIT 1: 2 BEDROOM + 2 BATHROOM + 1 HALL + PANTRY =
      RM 230.00/DAY

c.   UNIT 2 : 2 BEDROOM + 2 BATHROOM + 1 HALL + KITCHEN =
      RM 250.00/DAY

d.   BILIK : 1 BEDROOM + 1 BATHROOM +1 HALL (SHARING WITH OTHER INMATE) =
      RM 150.00/DAY

SILA AMBIL PERHATIAN

BILANGAN PAX UTK SEBUAH RUMAH ADALAH 15 ORG (NEG)

BILANAGAN PAX UTK 1 UNIT ADALAH 6 ORG (NEG)

BILANGAN PAX UNTUK 1 BILIK ADALAH 2-3 ORG

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI
AZAM 0167649172

Thursday 7 November 2013

ANOTHER SHOPPING MALL - KULAIJAYA

AEON MALL KULAIJAYA -
OPENING 27TH NOV 2013






SEJARAH KULAI


GUI LAI - KULAI -KULAIJAYA

Kulai masih merupakan sebuah hutan liar pada tahun 1892. Orang terawal yang menerokai Kulai ialah Huang Guo Mao yang pulang ke China untuk mengambil banyak orang Cina supaya dapat menjalankan kerja penerokaan dan pembinaan.
Pada tahun 1902, Tan Yoke Fong dari China Selatan tiba di Kulai dan menerokai Pekan Baru Kulai (bahasa Cina: Xin Jie Chang). Fu Wen Zhang dari Melaka juga melibatkan diri dalam kerja penerokaan Pekan Baru serta Taman Kluang yang seluas 4,000 ekar. Pada tahun 1910, Ngu Wan Zhi tiba di Kulai dan membeli tiga buah pondok daripada seorang penghuni Melayu. Beliau memajukan tanah itu menjadi lima buah pondok. Kemudian, pondok-pondok itu dibina semula menjadi lima belas buah rumah kedai atap sederet. Kebanyakan kedai ini dijadikan perniagaan kedai kopi atau menjual petrol.
Pada tahun 1937, sepuluh buah rumah kedai batu dua tingkat sederet (iaitu kedudukan Klinik Kulai sekarang) serta sederet rumah kedai di hadapannya dibina oleh Fu Teck Hui dan Fu Teck Nan. Dengan terbinanya bangunan-bangunan yang lain, terbentuklah pekan Kulai.


Perang Dunia II dan selepas
Pada tahun 1941, semasa Perang Dunia II, pihak British membakar kedua-dua baris rumah kedai itu. Ketika tentera Jepun tiba, mereka mengebom dan memusnahkan pekan Kulai. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan-bangunan termusnah ini dibina semula menjadi kedai-kedai papan dua tingkat.
Pada tahun 1947, terjadinya kebakaran kali kedua di Kulai yang melibatkan kedai-kedai yang berada di tapak bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekarang. Melebihi dua puluh buah kedai termusnah. Ini diikuti oleh kebakaran kali ketiga pada tahun 1960 yang memusnahkan Kedai Runcit Seng Fat yang terletak di dalam kawasan pasar lama. Sepuluh tahun kemudian pada tahun 1970, tujuh buah kedai dan empat buah rumah di Jalan Pasar pula dijilat api.

Gui Lai
Kulai pada tahun 1920, pada awalnya lebih dikenali sebagai Gui Lai bermaksud kedatangan kura-kura. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa apabila tibanya musim hujan kedua-dua belah Sungai Kulai pastinya dilanda banjir dan akibatnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak ke pekan. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya sebagai Gui Lai. BUKTI  nama Gui Lai boleh dilihat pada papan nama yang dituliskan dalam bahasa cina di stesen Keretaapi di Kulai. Namun, kerana kesukaran untuk menulis nama Gui Lai dalam bahasa cina maka namanya di tukar ke Kulai, dan terus kekal sehingga di tukar menjadi Kulaijaya setelah dinaik taraf menjadi Bandaraya.

Namun Kulai yang mengambil sempena peristiwa banjir mempunyai kisahnya yang tersendiri. Sebelum tahun 1890 iaitu pada permulaan pada Kulai dibuka asalnya dari Sungai Kulai yang menjadi nadi untuk penduduk tempatan memudahkan para petaninya untuk membajak tanaman dan menyenangkan kerja mereka. Ketika itu, pembukaan Xin Jie Chang (Pekan Baru) oleh Encik Tan Yook Fong, pentadbiran di kawasan itu (juga dikenali sebagai Gan Zhu) adalah antara orang yang paling awal datang ke Kulai.
Kebakaran-kebakaran terbesar
Bagaimanapun, kejadian kebakaran yang paling dahsyat berlaku pada kali kelima dan keenam, iaitu pada 4 Julai 1981 dan 29 Ogos 1981. (Kebakaran terakhir ini saya masih ingat bagaimana keadaan dan situasinya kerana pada masa itu Datok saya merupakan Senator untuk kawasan tersebut, Senator Hj Iban Bin Salleh. Sayangnya pada waktu itu IT dan technology maklumat tidak secanggih sekarang untuk dirakamkan). Melebihi seratus buah bangunan termusnah dalam kebakaran-kebakaran tersebut. Setelah berlakunya kebakaran-kebakaran ini, sebanyak 21 buah kedai makan dan 7 buah kedai getah telah menamatkan perniagaan mereka. Menurut feng-shui, kedua-dua jenis perniagaan ini tidak sesuai dijalankan di kawasan-kawasan itu. Selain itu, sewa kedai antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan juga terlalu tinggi untuk memperoleh sebarang keuntungan.
Mengikut kajian feng-shui, Kulai adalah sebidang tanah yang makmur. Bangunan-bangunan yang terbakar itu kini digantikan dengan 7 buah bank, 8 buah kedai emas, 9 buah syarikat kewangan dan lebih kurang 50 buah kedai menjual kereta. Kini, hanya tertinggal sebuah kedai makan yang paling lama dalam sejarah Kulai, iaitu Kedai Makan Yan Yan Loi. Kedai tersebut telah dibina pada dekad 1940-an dan pernah merupakan kedai yang terkenal di Johor dan Singapura.
Sejak kebakaran terakhir di Kulai, pelbagai aspek, khususnya dari segi pembinaan dan perkembangan, telah bertambah maju. Tidak lama kemudian, tempat ini telah dijadikan tapak perindustrian yang baru. Ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada penghuni-penghuni tempatan.